Mengenai Kami

img2Nuvis Sabah (NUVIS) yang mempunyai pengalaman dalam industri dandanan rambut, kecantikan, solekan, reflexology dan keusahawanan selama lebih 17 tahun amat komited dalam mengeluarkan tenaga mahir yang dapat memenuhi kehendak industri semasa.

NUVIS menyediakan tenaga pengajar yang mesra, berpengalaman dan mahir dalam bidang ini disamping korikulum pembelajaran yang standard yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran. NUVIS juga menyediakan prasarana, kemudahan, peralatan yang moden dan terkini agar pelajar dapat belajar dengan lebih kompeten sesuai dengan perubahan teknologi yang pesat.

Selain pembelajaran teori dan praktikal di dalam kelas, pelajar juga akan menjalankan ‘on the job training’ di salon inkubator NUVIS atau di salon-salon yang memerlukan.  Pelajar juga akan diajar selok belok asas perniagaan agar pelajar lebih bersedia jika ingin memulakan perniagaan kelak.  Malah NUVIS akan menawarkan diri sebagai penasihat berterusan kepada para bakal usahawan NUVIS kelak.  Kini Nuvis berbangga kerana telah memiliki perniagaan Francaisnya sendiri iaitu NUVIS SABAH HAIR & BEAUTY SALON.

img3NUVIS menyediakan kampus yang moden, kondusif, berhawa dingin, bilik teori dan praktikal yang besar.  Pelajar juga disediakan kabinet peribadi, bilik sumber sebagai mini perpustakaan, penggunaan komputer, wifi serta untuk beriadah. Aktiviti bersukan, berkelah dan perlawanan sahabat juga dijalankan sepanjang kursus berjalan.

Demi menghargai komitmen pelajar, NUVIS juga akan mengadakan Majlis Graduasinya sendiri di hotel-hotel lima bintang di mana pelajar boleh meraikan kejayaan mereka bersama kawan serta ahli keluarga mereka.

Diharap NUVIS dapat dijadikan platform dalam merealisasikan semua impian para pelajarnya dalam usaha menjadi modal insan yang berkemahiran tinggi khusus dalam bidang kecantikan serta keusahawanan dan seterusnya menjadi usahawan berjaya demi diri sendiri, keluarga mahupun Negara.

img4MISI
Membangunkan Modal Insan Yang Berkemahiran Trampil Cemerlang

VISI
Penjana Utama Modal Insan Berkemahiran Tinggi Yang Terus Relevan Dalam Industri Kemahiran Dan Keusahawanan

 

Syarikat TERAS di bawah TERAJU 100% milik dan pengendalian Bumiputra Berdaftar dengan PMS, PUKONSA mempunyai Sijil Pengiktirafan Status Bumiputera.